Maklumat Komuniti
Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di tenggaraMuar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat ialah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.
Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan. Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dalam kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'.
Batu Pahat terletak sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.
Sejarah Parit Othman
Pada tahun 30an, sebilangan peneroka dari keturunan bangsa Melayu daripada Bentan, Indonesia telah membuka perkampungan di persisiran Sungai Simpang Kiri dengan lebih kurang 6 buah rumah kayu dan diketuai oleh seorang yang bernama Encik Osman. Perkampungan tersebut semakin membesar dan menjadi tumpuan masyarakat setempat.
Di samping itu banyak masyarakat ketika itu berniaga dengan mendirikan kedai-kedai di kuala parit dan sungai kerana pada ketika itu sungai sebagai jalan perhubungan utama daripada ulu sungai kawasan Seri Medan hingga ke hilir Bandar Penggaram. Barangan dagangan yang masyhur ketika itu ialah ubi, getah dan kelapa.
Populasi
Terdapat hampir 1000 orang penduduk yang tinggal di kawasan Parit Othman yang terletak berhampiran Parit Sulong. Antara kawasan yang berhampiran dengan Parit Othman adalah Parit Haji Sirat, Parit Laman, Sungai Nipah, Parit Yusof, Parit Gaong, Parit Lapis Laman, Parit Lapis Sentang dan kawasan Perindustrian Sri Sulong.
Majoriti penduduk di kawasan Parit Othman terdiri daripada bangsa Melayu.
Parlimen
Y.B. Datuk Idris bin Jusi
Jawatan dalam Kabinet : Tiada
Parti : PKR
Parlimen : P150
Kawasan : Batu Pahat
No. Telefon : 019-3271734
E-Mail : idrisjauzi@yahoo.com
idrisjauzi@gmail.com
Alamat Surat-menyurat :
Pejabat Parlimen Batu Pahat
No. 7, Jalan Senggarang 2,
83200 Batu Pahat, Johor.
Y.B. Dato Noraini Ahmad
Jawatan dalam Kabinet : Timbalan Menteri Sumber Manusia
Parti : BN – UMNO
Parlimen : P147
Kawasan : Parit Sulong
No. Telefon : 07-4380666 (Rumah)
019-2972909 (Telefon Bimbit)
03-55696101 (Pejabat)
No. Fax : 03-55696109
E-Mail : norainiar@yahoo.com
norainiar67@gmail.com
Alamat Surat-menyurat :
No 200, Jalan Rogayah
83000, Batu Pahat Johor
DUN
Kawasan Pilihanraya : N.18 SRI MEDAN
Nama : YB Dato’ Zulkurnain bin Haji Kamisan
Parti : UMNO - BN
Penghulu / Ketua Kampung
Nama Ketua Masyarakat : Sabnu bin Madirin
Jawatan : Ketua Kampung Parit Othman
Bidangkuasa/Kawasan : Kampung Parit Othman, Parit Sulong, Batu Pahat.
No Telefon: 013-7806459