Kelas Matematik : Asas Darab
5 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 & 4 Mei 2024 yang lepas, NADI Parit Othman telah menganjurkan kelas Matematik mengenai asas darab. Oleh kerana separuh dari pelajar merupakan pelajar sekolah rendah bawah (darjah 1-3) maka kelas dimulakan dengan mengenalkan konsep asas darab itu sendiri. Mereka diberikan penerangan dan contoh bagi operasi darab untuk memudahkan pemahaman mereka. Bagi murid yang baru belajar topik ini, mereka dilihat mengalami sedikit kesukaran. Namun begitu, kesemua soalan yang diberi, mereka berjaya menjawab dengan betul.
Dikelas hari berikutnya, mereka diberikan latihan untuk menguji kefahaman dan mengalakkan mereka menghafal sifir-sifir asas melalui permainan dalam talian iaitu di abcya.com. Latihan permainan ini sangat membantu mereka untuk lebih memahami dan berlumba-lumba untuk mengumpul markah yang paling banyak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: