Kelas Kreatif : Melukis
17 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniTelah dijalankan Kelas Kreatif yang bertemakan lukisan di NaDi Parit Othman pada 16 Mac 2024 yang lepas. Kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan imajinasi dan daya kreativiti setiap peserta. Aktiviti sebegini dilihat mampu untuk membantu dalam menghilangkan tekanan dan dijadikan ia salah satu daripada terapi kepada individu yang melakukannya.
Dipermulaan sesi, mereka diberikan tablet untuk setiap seorang, kemudian cikgu memaparkan perkataan dalam bahasa Inggeris, dan mereka diminta untuk melukiskan objek tersebut. Mereka dibenarkan untuk menggunakan kebelbagaian kemudahan didalam talian seperti ’Search Engine’, ’Google Image’ atau ‘Google Translate’ untuk membantu mereka mencari maksud atas perkataan yang dipaparkan dilayar. Dengan ini, secara tidak langsung mereka serba sedikit dapat menambah kosa kata dalam Bahasa Inggeris.
Selepas beberapa ketika, mereka diarahkan melayari pautan Quick, Draw! Dari Google. Mengunakan konsep yang sama dengan aktiviti tadi, peserta diberikan beberapa perkataan, dan mereka dikehendaki untuk melukis berdasarkan perkataan tersebut dalam tempoh waktu yang singkat. Algoritma machine learning kemudian akan mencuba untuk meneka lukisan objek tersebut berdasarkan data pola gambar yang telah dikumpulkan dari pemain yang lain. Aktiviti ini membantu dalam melatih daya kemahiran menyelesaikan masalah dan menjadi salah satu dari bahan e-Learning peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: