Tayangan Video Pendek : Piper
2 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniKelas Asas ICT PEDi Parit Othman pada 1 Mac 2024 telah memilih tayangan video pendek : Piper dari Youtube sebagai bahan pembelajaran sesi kelas ini. Piper adalah sebuah cerita motivasi pendek dari Pixar Animation Studios yang berdurasi 3:20minit, ia merupakan sebuah karya dari Alan Barillaro. Piper mengisahkan tentang seekor burung yang sedang mencuba untuk mencari makanan sendiri ditepi sisiran pantai. Cerita ini menekankan kegigihan Piper untuk mengatasi ketakutannya kepada ombak dan menemukan cara baru untuk mencari makanannya. Dengan memerhati bagaimana hidupan laut yang lain mencari makanan mereka, secara tidak langsung Piper berjaya mengatasi ketakutannya dan berhasil mencari makanannya sendiri. Pengajaran utama pada cerita ini adalah ‘Jangan biarkan ketakutan membuat seseorang berhenti dari mencapai sesuatu’.
Tayangan ini dilihat dapat membawa nilai baik pada kesemua pelajar yang hadir. Setelah habis tayangan tersebut, Kami bersama-sama membincangkan mengenai sinopsis dan pengajaran yang diperolehi.
Setelah itu, kelas kami diteruskan dengan membuat poster bertemakan Piper dengan mengunakan Canva. Secara tidak langsung mereka berpeluang untuk mempelajari cara untuk menetapkan aturan pada tulisan, seperti pengunaan font, saiz, perenggan dan effect pada tulisan berkenaan. Mereka turut diperkenalkan untuk mengunakan aplikasi dari remove.bg untuk menghilangkan latar belakang gambar dan Pinterest untuk memuat turun gambar. Dengan itu, mereka turut dapat melatih kemahiran pertuturan Bahasa Inggeris mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: