e-Learning : magnet, Bentuk 2D & DIY Fridge Magnet
23 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2024, NADI Parit Othman telah menjalankan kelas e-Learning. Topik untuk sesi kelas adalah mengenai pengenalan Magnet, Bentuk 2D & DIY Fridge Magnet. Diawal kelas para pelajar diajak untuk memahami konsep magnet yang merupakan salah satu dari bahan pembelajaran sekolah rendah. Video dari Youtube iaitu bertajuk Eksperimen Sains Sederhana : Magnet dari akaun Studycle Kids telah dijadikan rujukan bagi kelas ini. Para pelajar turut diberikan set latihan untuk topik ini untuk menguji tahap kefahaman mereka.
Selepas selesai, kelas diteruskan lagi dengan membawa tajuk bentuk 2D. Pelajar diterangkan maksud bentuk 2D dan contoh-contoh yang terlibat. Selain itu, mereka juga dikongsi mengenai nama bentuk dalam dwi bahasa, jenis, konsep sisi dan bucu. Sesi ini diselitkan dengan sesi soal jawab, bagi mengalakkan mereka untuk ingat bahan pembelajaran yang telah dipelajari itu.
Dengan mengabungkan topik magnet dan bentuk 2D ini, kelas NADI Parit Othman diteruskan dengan sesi kelas kreatif dengan membuat DIY Fridge Magnet. Mereka diberikan arahan untuk mencipta sendiri Fridge magnet yang dihiasi dengan origami berbentuk bintang. Mereka diminta untuk mencari sendiri tutorial didalam Youtube untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Aktiviti ini dilihat dapat membawa beberapa impak fositif kepada para pelajar. Pendekatan belajar sambil bermain ini lebih memudahkan mereka untuk lebih memahami topik, menambah minat dan menghindarkan mereka dari cepat bosan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: