Kelas Asas Coding @ Scratch : Coding dialog
20 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniScratch adalah merupakan salah satu sumber pembelajaran asas bagi individu yang ingin mula untuk mempelajari ilmu Coding. Dengannya, penguna dapat membina pelbagai animasi, permainan dan karya kreatif yang lain. Proses pemrograman yang mudah dan ringkas amat sesuai untuk digunakan setiap peringkat umur.
Pada 19 Disember 2023, PEDi Othman telah menjalankan lagi Kelas Asas Coding dengan mengunakan Scratch. Sub-topik pada hari ini adalah membuat ‘Coding Dialog’.
Sebagai permulaan, para pelajar diminta untuk menyalin didalam buku nota mereka mengenai coding yang bakal digunakan didalam sesi kelas pada hari ini.
Untuk sesi kali ini, kami menggunakan code di tampilan ( looks ) untuk buat sprite dapat mengeluarkan dialog. Setiap sprite telah disetkan mengeluarkan 2 dialog yang berlainan dan setiap darinya akan mengambil masa selama 5saat. Kami juga telah memilih coding ketika ditekan kekunci bendera di kejadian ( event ) sebagai arahan bermulanya coding dialog tadi. Diakhir kelas, dengan mengunakan coding yang sama, para pelajar diminta menetapkan satu lagi sprite. Sprite kali ini diminta memberi dialog balas kepada sprite pertama tadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: