Kelas E-learning : English (Hidden Object Game)
18 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2024, Kelas E-learning : English (Hidden Object Game) telah diadakan di PEDi Parit Othman . Para pelajar dibekalkan sebuah gambar yang mempunyai 10 item tersembunyi. Sesi kelas hari ini menggunakan aplikasi Canva sebagai bahan pengajaran. Terdapat dua tugasan buat mereka iaitu yang pertama mencari objek yang tersembunyi didalam gambar. Aktiviti ini melatih mereka untuk mengasah kemahiran fokus dan menyelesaikan masalah. Manakala tugasan kedua pula adalah mereka perlu mencari maksud kepada perkataan yang diberikan. Untuk itu, mereka diminta menggunakan Google Translate. Selain mencari maksud atas perkataan tersebut, Mereka juga perlu menyebut sendiri perkataan Bahasa Inggeris tersebut dengan mengunakan butang ‘listen’ yang disediakan oleh Google Translate tersebut. Dengan itu, mereka turut dapat melatih kemahiran pertuturan Bahasa Inggeris mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: