Jirim
21 April 2024 | Aktiviti TerkiniJirim merupakan salah satu dari topik pembelajaran subjek Sains sekolah rendah. Jirim merupakan sebarang objek yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Ia terbahagi kepada 3 kumpulan asas iaitu pepejal, cecair dan gas. Pada 20 April 2024, NADI Parit Othman telah menjalankan kelas e-Learning. Topik untuk sesi kelas adalah jirim. Kami telah mengunakan platform Youtube sebagai bahan pembelajaran iaitu Sifat JIRIM (Pepejal Cecair Gas) | Sains Tahun 5 dari Ezah Joe. Dengan mengunakan video tersebut, mereka diterangkan mengenai konsep jirim. Mereka diberikan contoh dipersekitaran mereka untuk memudahkan mereka dalam lebih memahami konsep jirim ini.
Selepas selesai sesi pengenalan, mereka diminta menjawab set soalan dari aplikasi abcya.com dibawah topik yang sama. Hasil dari permainan tersebut, dapatlah dilihat kesemua mereka dapat memahami topik jirim ini dengan baik dan mampu menjawab kesemua soalan yang diberi dengan betul.
Aktiviti ini dilihat dapat membawa beberapa impak fositif kepada para pelajar. Pendekatan belajar sambil bermain ini lebih memudahkan mereka untuk lebih memahami topik, menambah minat dan menghindarkan mereka dari cepat bosan. Secara keseluruhan, mereka semua berjaya memahami mengenai konsep dan pecahan kepada topik jirim ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: