Program Asas Canva Bersama Komuniti Anjuran bersama UTHM
29 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2024, NADI Parit Othman bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjalankan Program Asas Canva Bersama Komuniti yang bertempat di NADI Parit Othman. Program yang bermula pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang ini telah disertai oleh 20 orang usahawan sekitar Parit Sulong.
Para peserta telah diberikan pendedahan mengenai cara mengunakan Canva dengan hanya mengunakan aplikasi di telefon bimbit masing-masing. Mereka diajar cara untuk menghasilkan bahan pemasaran perniagaan mereka dengan hanya mengunakan Canva. Aplikasi Canva merupakan satu aplikasi yang praktikal dan mudah serta mesra penguna. Dengan menawarkan pelbagai hasil bahan digital, Canva dilihat mampu membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Diharap program ini serba sedikit membantu peserta menyuntik semangat dalam memasarkan produk jualan masing-masing melalui kepelbagaian cabang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: