Kelas Kreatif : Penanda Kertas tepi Buku
28 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniSesi Kelas ICT PEDi Parit Othman diteruskan dengan Kelas Kreatif : Penanda Kertas Tepi Buku. Kelas ini bertujuan untuk memupuk beberapa Kemahiran Insaniah pelajar disamping mengalakkan mereka untuk meneroka kebelbagaian ilmu dari dalam talian iaitu Youtube.
Untuk permulaan, semua pelajar diminta mencari sendiri video tutorial dibawah tajuk ‘Easy Paper Monster & Owl Corner Bookmarks’ didalam Youtube. Mereka diberikan kertas warna berdasarkan pilihan warna mereka sendiri. Lalu diminta untuk mencuba sendiri tutorial tersebut. Disini dapat dilihat mereka perlu menggunakan kemahiran problem solving (menyelesaikan masalah). Pelajar yang berjaya membuat penada buku diarahkan untuk turut mengajar pelajar lain yang tidak berjaya membuatnya. Dengan ini, kemahiran komunikasi turut dapat diterapkan antara sesama mereka.
Video tutorial ini mengunakan Bahasa Inggeris. Oleh itu, pelajar juga berpeluang untuk menambah beberapa kosa kata dalam Bahasa Inggeris juga. Mereka diminta untuk menetapkan tetapan subtitles untuk memudahkan mereka mengenalpasti setiap perkataan yang digunakan didalam video tutorial tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: