Kelas Asas Microsoft Word
7 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2023, PEDi Parit Othman telah menjalankan sekali lagi kelas asas Microsoft Word. Pada sesi ini, peserta telah diajar beberapa topik baru iaitu mengenai ‘header & footer’, muka surat, ‘page background’ , ‘margin’ dan ‘column’. Kelas ini merupakan topik terakhir mereka didalam Kelas Asas Microsoft Word. Terdapat 11 topik kesemuanya.
Selepas dari kelas ini, mereka akan fokus kepada latih tubi sebagai usaha untuk memastikan mereka dapat benar-benar memahami kesemua pelajaran yang telah mereka belajar sebelum ini. Diharap kelas yang mereka sertai ini serba sedikit dapat memberi manafaat kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: