Kelas Asas Microsoft Word (Font)
15 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2023, PEDi Parit Othman telah memulakan kelas penulisan asas Microsoft Word untuk sesi 2023. Seramai 6 orang pelajar baru telah mendaftar. Kelas ini bermula pada pukul 3 petang sehingga 5.30 petang. Majoriti pelajar tiada asas dalam mengunakan Microsoft Word. Sebagai sesi pengenalan, para peserta didedahkan dahulu mengenai pengunaan asas dibahagian ‘Home’ dan terfokus pada bahagian penulisan ‘font’.
Mereka ditugaskan menyalin kembali nota dengan mengunakan Microsoft Word ini. Ia bertujuan untuk membiasakan mereka dengan kemahiran menaip dan dalam masa sama dapat mengunakan ilmu sampingan yang telah mereka belajar sebelum ini. Diharap kelas ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat mengenai pengunaan Microsoft Word dikalangan pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: