E-Learning : Sumber Tenaga Dari Bumi
7 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2023, PEDi Parit Othman telah menjalankan satu lagi aktiviti berasaskan STEM. Sumber tenaga merupakan topik utama kelas pada hari ini. Sumber tenaga merupakan salah satu hasil pembelajaran dari matapelajaran Sains disekolah. Dengan mengunakan beberapa sumber didalam talian, dilihat secara tidak langsung sangat membantu dalam memupuk pemahaman dikalangan peserta. Di awal sesi, para pelajar diberikan dahulu pendedahan awal mengenai pengenalan sumber tenaga. Dengan bersumberkan bahan pembelajaran di Youtube, mereka diterangkan mengenai maksud, ciri dan contoh bagi sumber tenaga ini. Selepas selesai tayangan youtube, para pelajar diminta berkongsi mengenai apa yang mereka fahami dari tayangan tersebut dan seterusnya sama-sama membuat nota peta minda bagi topik ini.
Setelah itu, aktiviti ‘Ballon Powered Car’ pula dijalankan. Para pelajar diminta untuk membuat sebuah kereta dengan bersumberkan tenaga angin. Bahan untuk membuat aktiviti ini ialah botol, lidi, belon, straw dan soletip. Para pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 2orang ahli setiap kumpulan. Mereka dibekalkan dengan peranti tablet dan diarahkan mencari tutorial mencipta kereta tersebut didalam Youtube. Kesemua kumpulan dilihat berjaya menghasilkan kereta berkuasa angin tersebut.
Aktiviti seperti ini dilihat sangat membantu para pelajar dalam menambah ilmu. Kepelbagaian sumber dalam talian dilihat berjaya mencipta pelbagai ilmu yang pelbagai untuk dimanafaatkan kepada setiap pengunanya. Pendedahan awal mengenai kepelbagaian ilmu dari talian harus dipupuk sejak dari kecil agar mereka tidak tercicir dari manafaatnya. Aktiviti hari ini dilihat dapat menyuntik semanggat mereka untuk lebih meneroka pelbagai ilmu. Mereka juga dapat belajar berinteraksi sesama ahli pasukan dan menerapkan kemahiran berfikiran kreatif & kritis dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: