Pengenalan Search Engine & Bermain Tanah Liat Berdasarkan Tutorial Didalam Youtube
26 November 2023 | Aktiviti TerkiniSesi Kelas ICT PEDi Parit Othman dijalankan seperti biasa. Pada 25 November 2023, telah dijalankan 2 kelas. Kelas pertama adalah mengenai Search Engine. Mesin pencari atau search engine digunakan untuk bantu pengguna untuk mendapatkan informasi yang dicari di internet. Pelajar diarah untuk mencari didalam google maksud dan contoh bagi istilah ini. Lalu mereka diminta untuk mengemukan jawapan masing-masing.
Selepas itu, sesi pembincangan dijalankan untuk mencari maksud sebenar dan petugas PEDi juga memberikan pendekatan yang lebih mudah bagi memudahkan pemahaman mereka. Setelah semua berjaya untuk memahami topik berkenaan. Mereka diminta mencatat nota sebagai rujukan mereka. Kelas kedua lebih santai. Para pelajar diminta untuk membuat beberapa hasil tangan mengunakan tanah liat berpandukan paparan tutorial youtube. Ada 3 tugas yang disediakan, iaitu membuat sotong, ulat dan siput. Mereka dibekalkan beberapa warna tanah liat yang berbeza. Walaupun disediakan contoh dari tutorial Youtube, tetapi mereka diberi peluang untuk menyiapkan tugasan ini mengikut daya kreativiti masing-masing.
Ini merupakan aktiviti yang agak mudah, namun ia dilihat dapat memberi impak positif kepada mereka. Mereka dapat melatih daya kreativiti, menghilangkan stress, bekerjasama sesama rakan sekelas dan melatih kemahiran berkomunikasi. Selain itu, tanah liat yang dibekalkan adalah terhad, disebabkan itu, mereka diminta untuk saling bertolak ansur sesama sendiri. Aktiviti ini juga sebagai pendedahan mengenai kepelbagaian sumber ilmu yang dapat diperolehi dari Youtube.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: