Program Pintar ICT Tabika Kemas Parit Othman Sesi November
17 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2023, Tadika Kemas Parit Othman telah mengunjungi PEDi Parit Othman untuk menghadiri Program Pintar ICT sesi November anjuran bersama antara Tadika Kemas Parit Othman dan PEDi Parit Othman. Program ini dihadiri seramai 14 orang peserta yang terdiri dari pelajar tadika berkenaan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai ICT. Diawal program, para pelajar diminta untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada sesi lepas. Jika sesi sebelum ini, mereka didedahkan cara untuk menulis huruf kecil dan besar di komputer. Maka, kelas kali ini pula mefokuskan pada penulisan gabungan pengunaan huruf kecil dan besar dalam satu perkataan.
Program kali ini mengunakan pengenalan warna sebagai alat pembelajaran. Mereka disediakan beberapa slide latihan dari Microsoft Powerpoint. Didalam nya, peserta diminta menulis kembali nama warna yang dipaparkan. Mereka dilihat sudah mampu fahami konsep pengunaan caps lock dan shift di papan kekunci untuk menaip sesuatu dikomputer. Kesemua peserta berjaya menyiapkan latihan yang telah diberikan.
Untuk penutup, mereka diminta untuk mewarna gambar yang ada di www.coloringpages4u.com. Terdapat 2 paparan, iaitu mewarna gambar kucing dan seorang budak sedang bermain. Latihan ini dilihat mampu mengasah bakat kreativiti peserta disamping menambah minat mereka dalam mempelajari kepelbagaian sumber ilmu dari ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: