Kelas Asas Coding: Cara Membuat Jump Game Di Aplikasi Scratch
5 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2023, Kelas ICT PEDi Othman telah menjalankan Kelas Asas Coding yang memfokuskan mencipta permainan lompat atau ‘Jump Game’ dengan mengunakan aplikasi Scratch. Diawal kelas para pelajar telah dibimbing untuk mendaftar akaun Scratch dengan mengunakan akaun google mereka sendiri. Selepas itu, mereka diterangkan mengenai komponen-komponen asas yang ada didalam aplikasi ini. Sebelum memulakan proses penetapan ‘block coding’, para pelajar diminta menetapkan objek dan gambar latar.
Untuk mencipta permainan ini terdapat 5 langkah yang diperlukan. Iaitu (1) penetapan untuk objek itu dapat melompat, (2) penetapan untuk mencipta halangan yang bergerak, (3) penetapan untuk hentikan permainan (4) penetapan untuk menambah halangan dan (5) penetapan untuk menetapkan skor terkumpul. Secara tidak langsung para pelajar dapat belajar ilmu asas koordinat dan paksi-x,y. Para pelajar diminta mencuba sendiri permainan yang telah mereka cipta.
Untuk memastikan mereka memahami pembelajaran ini, mereka diarahkan untuk mencatit nota dan membentangkan dihadapan mengenai setiap dari ‘block’ yang telah dipelajari didalam tugasan ini. Diharap kelas ini mampu menarik lagi minat pelajar untuk menerokai kepelbagaian ilmu dalam bidang ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: