Kelas Asas Excel : Carta , Count, Counta, Counblank dan Count if
9 April 2023 | Aktiviti TerkiniMicrosoft Excel telah menjadi salah satu yang menjadi kemestian untuk dipelajari. Kemahiran mengunakannya dapat memudahkan pengunanya merekod data mereka secara lebih sistematik. Pada 8 April 2023 yang lepas, para pelajar dari Kelas Asas Microsoft Excel PEDi Parit Othman telah mempelajari topik baru dalam Microsoft Excel ini iaitu mengenai cara membuat Carta serta mengunakan formula Count, Counta, Counblank dan Count if.
Topik ini merupakan topik terakhir mereka didalam kelas ini. Mereka diterangkan mengenai topik berkenaan dan telah mencuba sendiri mengunakan formula yang berkaitan. Selepas dari kelas ini, mereka akan fokus kepada latih tubi sebagai usaha untuk memastikan mereka dapat benar-benar memahami kesemua pelajaran yang telah mereka belajar sebelum ini. Diharap kelas ini serba sedikit dapat memberi manafaat kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: