Kelas Asas Coding @ Scratch : Chase games
16 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniScratch adalah merupakan salah satu sumber pembelajaran asas bagi individu yang ingin mula untuk mempelajari ilmu Coding. Dengannya, penguna dapat membina pelbagai animasi, permainan dan karya kreatif yang lain. Proses pemrograman yang mudah dan ringkas amat sesuai untuk digunakan setiap peringkat umur.
Pada 15 Disember 2023, PEDi Othman telah menjalankan lagi Kelas Asas Coding dengan mengunakan Scratch. Sub-topik pada hari ini adalah membuat ‘Chase game’. Kami mengunakan sotong sebagai Sprite utama dan haiwan laut yang lain sebagai sprite sampingan.
Didalam permainan ini, Sprite utama perlu mengejar Sprite sampingan untuk mendapat tambahan skor. Oleh itu, Sprite perlu ditetapkan kod gerakkan (move) untuk membuatkan Sprite utama dapat digerakkan dengan mengunakan arah yang ada dipapan kekunci, sementara Sprite sampingan dapat bergerak secara bebas secara automatik apabila butang mula ditekan. Selain itu, para peserta juga telah mengunakan kod suara (sound) untuk menjadikan Sprite berbunyi setiap kali Sprite utama dan sampingan bersentuhan.
Selepas kesemua kod pada Sprite telah ditetapkan, langkah seterusnya adalah menetapkan nilai variable untuk penetapan skor permainan. Untuk kod pada variablenya pula, kami telah menetapkan kod pada sprite utama, yang mana apabila sprite utama menyentuh sprite sampingan, skor yang ditetapkan akan ditambah kepada nilai 1.
Diakhir kelas, mereka di tanya kembali kesemua kod yang telah digunakan untuk menguji tahap kefahaman masing-masing. Walaupun tidak semua soalan mereka dapat jawab dengan betul, tetapi dapat dilihat, adanya perkembangan kefahaman pelajar mengenai pengunaan Scratch ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: