Program Keushawanan Digital bersama Giatmara Parit Sulong
6 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniSebuah program keushawanan digital bersama Giatmara Parit Sulong telah dianjurkan, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Parit Othman. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar Giatmara Parit Sulong dari kursus Teknologi Sistem Komputer menceburi bidang pernigaan secara atas talian melalui Aplikasi E-dagang terkemuka di Malaysia iaitu “Shopee”. Diantara perkara yang telah diterangkan kepada peserta ialah cara mendaftar akaun perniagaan di Shopee, cara memuat naik produk jualan, cara melakukan pemasaran dan cara menguruskan kedai di Aplikasi Shopee. Diharapkan dengan penyertaan para pelajar dalam kursus Shopee kali ini ianya dapat membantu para pelajar Giatmara yang akan menamatkan pengajian tidak lama lagi untuk mempunyai sebuah perniagaan di Aplikasi Shopee dan seterusnya dapat menambahkan pendapatan melalui perniagaan atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: