Program Sambutan Hari Raya Bersama Tabika Kemas Parit Othman
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mei 2022 yang lalu, PEDi Parit Othman bersama ahli jawatankuasa Tadika Kemas Parit Othman telah mengadakan Program Sambutan Hari Raya. Program yang bermula pada pukul 10 pagi ni telah dijalankan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri disamping bertujuan untuk mengeratkan talian silaturahim sesama komuniti. Program meriah ini telah dimulai dengan ucapan dari ketua kampung dan beberapa orang ahli jawatan kuasa. Terdapat beberapa topik yang telah dibincangkan sepanjang majlis ini termasuklah program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun. Pelbagai juadah telah dihidangkan untuk tetamu dan majlis ini telah bersurai pada pukul 12 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: