Program Bantuan Beras Bangsa Johor
1 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Bantuan Beras Bangsa Johor telah berjaya dilaksanakan bermula dengan fasa 1 pada 31 Mei 2022 sehingga fasa terakhir pada 18 June 2022.Objektif program ini adalah untuk memberi bantuan beras kepada setiap rumah yang berada di negeri johor tanpa mengira status ekonomi dan latarbelakang seisi rumah. Untuk memastikan Objektif ini dapat dicapai dengan jayanya, Kerajaan Negeri Johor telah mewujudkan sebuah portal aduan, dimana kepada mana-mana individu yang merupakan penduduk johor dan mempunyai rumah di negeri ini boleh mengemukan aduan sekiranya mereka tidak menerima bantuan beras dari Kerajaan Negeri Johor, dan seterusnya aduan mereka akan dinilai oleh pihak kerajaan dan jika aduan mereka didapati sahih, mereka akan diminta untuk mengambil bantuan tersebut di tempat yang akan diberitahu kemudian. Oleh yang demikian, pihak PEDi Parit Othman meminta ahli komuniti setempat yang tidak menerima bantuan tersebut, segera hadir ke PEDi Parit Othman bagi tujuan melakukan aduan sebelum tarikh tamat iaitu pada 6 Julai 2022.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: