Program Bimbingan Usahawan 2022 SSM Johor
29 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 March 2022, telah diadakan Program Bimbingan Ushawasn 2022 yang dilangsungkan secara atas talian. Program ini adalah kalobrasi diantara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dimana 25 PEDi yang terplilih di Negeri Johor telah menghantar wakil bagi menghadiri taklimat pendaftaran sijil perniagaan secara percuma dibawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP), taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Sri Nor Indah iaitu Pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia negeri Johor.
Dengan wujudnya program ini ianya dapat membantu komuniti setempat bagi mendaftarkan perniagaan mereka secara sah kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan seterusnya dapat memudahkan lagi urusan mereka dalam menguruskan perniagaan mereka terutama sekali bagi memohon geran-geran perniagaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: