Kelas Penulisan Jurnal
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2022 (Sabtu) , PEDi Parit Othman telah mengadakan kelas penulisan jurnal dengan mengunakan Microsoft Word. Di sesi ini, peserta didedahkan dengan pengetahuan asas didalam Microsoft Word seperti cara menetapkan jenis, saiz, warna dan lain-lain didalam penulisan mereka. Mereka juga telah diberikan beberapa pengetahuan asas dalam pengunaan komputer.Terdapat juga sesi pembincangan yang dalam mengalakkan mereka untuk berkongsi pendapat dan membentuk kemahiran komunikasi yang baik.
Topik utama kelas ini adalah “Tips hindari dari tabiat ‘oversharing’ “. Peserta diminta untuk menyalin semula jurnal yang telah diberi mengikut format yang telah ditetapkan. Dengan ini, mereka bukan sahaja dapat melatih kemahiran penulisan mereka tetapi mereka juga dapat pendedahan mengenai isu ‘oversharing’ ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: