Program Pembangunan Sosial Komputer Photophone Kemas Parlimen Parit Sulong 2022
11 November 2022 | Aktiviti TerkiniTelah diadakan Program Pembangunan Sosial Komputer Photophone di PEDi Parit Othman. Program ini adalah anjuran Kemas Parlimen Parit Sulong dengan kerjasama dari pihak PEDi Parit Othman. Program ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang mana mereka terdiri dari usahawan komuniti setempat. Program ini telah dijalankan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 4.30 petang.
Para peserta diajar cara untuk mencipta iklan produk mereka dengan mengunakan aplikasi ‘Snapseed’ ditelefon bimbit masing-masing. Mereka mengunakan cenderhati dari pihak Kemas sebagai subjek. Dengan mengunakan peralatan yang ada disekeliling mereka, mereka diajar tip-tips yang menarik yang boleh mereka gunakan untuk menghasilkan iklan produk mereka.
Program ini telah ditutup dengan acara ucapan dari pihak KEMAS dan Ketua Kampung, dan seterusnya acara penyampaian cenderhati. Diharap program ini dapat serba sedikit membantu usahawan komuniti dalam memasarkan produk jualan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: