Program Kafeteen PIK (Pelencongan Sosial Remaja Masa Kini)
20 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 November, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Parit Othman telah bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk melaksanakan Program bual bicara bertajuk Pelencongan Sosial Remaja Masa Kini, program ini diadakan di Platform Google Meet untuk memudahkan para peserta dan juga penceramah iaitu Puan Junainah. Selaku Tuan rumah, Pihak Pusat Ekonomi Digital telah menjemput komuniti di sekitar Kampung Parit Othman dan Parit Sulong yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah dan juga pelajar di pengajian tinggi, Pusat Ekonomi Digital juga telah menjemput Pusat Ekonomi Digital di sekitar daerah Batu Pahat bagi menggalakkan lagi penyertaan dan penglibatan ibu-bapa.
Program ini bermula dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh pegawai LPPKN iaitu Puan Junainah selama 1 jam. Banyak info dan manfaat telah disampaikan kepada para peserta sepanjang program ini seperti isu penyalahgunaan dadah di kalangan remaja terutamanya yang masih bersekolah, dalam sesi ceramah beliau, beliau turut menceritakan pengalaman yang telah dilaluinya sepanjang kerjayanya dalam mengenalpasti dan mendalami punca berlakunya masalah sosial dan gejala tidak bermoral yang berlaku di akhir-akhir ini. Puan Junainah meminta agar ibu-bapa sentiasa mengawasi anak-anak terutamanya golongan yang sedang meningkat remaja kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan tambahan pula media sosial menjadi pengaruh besar kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: