Program Kafeteen@PIK (Ancaman Remaja Masa Kini)
17 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 November, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Parit Othman telah terlibat bersama-sama dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Sungai Pinggan untuk menjayakan Program Kafeteen@PIK bertajuk Ancaman Remaja Masa Kini. Program ini adalah hasil kalobrasi diantara Pusat Ekonomi Digital Komuniti dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), tujuan program ini adalah untuk mendidik para remaja dan juga ibu-bapa supaya lebih peka terhadap gejala tidak bermoral yang semakin menular. Sesi ceramah telah disampaikan oleh pegawai LPPKN iaitu Puan Junainah selama 1 jam. Banyak info dan pengetahuan telah disampaikan kepada para peserta sepanjang program ini seperti isu penyalahgunaan dadah di kalangan remaja terutamanya yang masih bersekolah, Puan Junainah meminta agar ibu-bapa sentiasa mengawasi anak-anak terutamanya golongan yang sedang meningkat remaja kerana risiko terhadap mereka untuk terjebak didalam aktiviti tidak bermoral adalah tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: