Belajar Sambil Bermain Permainan Teka Silang Kata
4 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mei 2021, PIK Parit Othman telah mengadakan aktiviti belajar sambil bermain permainan Teka Silang Kata dalam Bahasa Inggeris dan ia telah dihadiri oleh 5 orang pelajar Tahun 6.
Aktiviti ini diharap dapat menarik minat para peserta terhadap Bahasa Inggeris yang semakin penting pada masa sekarang. Peserta diminta untuk mencari perkataan tersembunyi yang ada didalam kotak serta menggunakan Google Translate untuk membantu mereka mencari maksud disebalik perkataan tersebut. Aktiviti ini, melatih mereka secara tidak langsung untuk memperkaya kosa kata dan mengasah minda sambil bermain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: