Kelas Mempelajari Cara Memperbaiki Komputer
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2021, telah diadakan Kelas Mempelajari Cara Memperbaiki Komputer di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kampung Parit Othman, kelas ini dihadiri dari komuniti Kampung Parit Othman yang merupakan seorang pelajar dari Universiti Putra Malaysia(UPM) yang mempunyai kesulitan terhadap masalah Komputer riba miliknya yang sangat perlahan, dimana ianya menyukarkan beliau untuk melakukan tugasan pelajaran dan lain-lain lagi. Setelah melihat masalah pada komputer rimba miliknya, Pusat Ekonomi Digital menyarankan kepada beliau untuk menukar simpanan data daripada HDD (Hard Disk Drive) kepada SSD (Solid State Drive) dan juga meningkatkan Kapasiti Ram menjadi “8 Gigabyte” dimana ianya mampu menjalankan pelbagai aplikasi dalam satu masa, Latihan dan cara pemasangan telah diberikan kepada peserta supaya ianya dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap komputer dan seterusnya memudahkan urusan mereka sekiranya berlaku kerosakan di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: