Program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihtain ) bagi usahawan sekitar Pusat Digital Ekonomi (PEDi)
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital Parit Othman telah terlibat di dalam program SPPP, program ini telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan juga penglibatan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi). Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ushawan di komuniti PEDi terutama kepada golongan B40 dan Pelajar di pengajian tinggi mengenai pendaftaran Sijil Syarikat Malaysia (SSM) secara percuma.
Ketika Program ini berlangsung, Para Peserta telah didedahkan kepada jenis-jenis pemilikan perniagaan yang boleh didaftarkan di SSM sebagai contoh pemilikan tunggal ataupun pemilikan secara kongsi, peserta juga telah diberikan penerangan secara teknikal mengenai cara pendaftaran perniagaan di laman sesawang Ezbiz dan juga cara pendaftaran peniagaan di bawah skim SPPP. Diharapkan, program ini dapat memupuk minat ushawan yang masih belum mempunyai sijil pendaftran yang sah dapat segera mendaftarkan pendaftaran perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: