Kelas Penggunaan Aplikasi Photopea secara atas Talian
10 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 9 November 2020, telah diadakan kelas penggunaan Aplikasi Photopea yang dijalankan secara atas talian di laman rasmi Facebook Pusat Ekonomi Digital Parit Othman, tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada peserta tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuah pengiklanan pada pengiklanan produk untuk menarik perhatian orang ramai. Kelas Aplikasi Photopea ini berlangsung selama 1 jam dan ianya merupakan sebuah aplikasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama pada Adobe Photoshop namun percuma.
Diharapakan dengan Kelas ini, ianya dapat membantu orang ramai khusunya komuniti di sekitar Pusat Ekonomi Digital mendapat kemahiran untuk menggunakan teknologi yang ada untuk kemudahan dan juga manfaat pada diri mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: