Kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”
14 September 2020 | Aktiviti TerkiniPihak MCMC kini sedang menjalankan Kempen “Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong”. Kempen ini diadakan kerana terdapat segelintir pengguna media sosial menyalah gunakan teknologi dengan membuat dan menyebarkan berita palsu, ini telah menyebabkan salah faham terhadap pengguna media sosial yang lain dan seterusnya menimbulkan perasaan tidak senang orang ramai. Dengan kempen ini, ianya bertujuan untuk menyebarkan nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh pengguna media sosial agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: