Orientasi Maxis eKelas sesi 2019
19 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari yang lalu, telah berlangsung 1 program iaitu Orientasi Maxis eKelas untuk sesi Tahun 2019. Program ini merupakan program selepas sekolah untuk penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Fokus program ini adalah untuk menyediakan pendidikan secara digital buat para pelajar yang tidak mampu kelas tuisyen di luar.
Pada permulaannya, bakal pelajar bersama-sama ibu bapa mereka telah diterangkan mengenai Maxis Ekelas dan apa yang terkandung di dalamnya. Sebaik sahaja tamat sesi penerangan, mereka kemudiannya diberi tunjuk ajar untuk mendaftar di dalam portal yang disediakan. Program yang berlangsung daripada pukul 10 pagi hingga 6 petang ini mendapat sambutan yang hangat daripada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: