Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF)
6 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 November 2019 Pusat Ekonomi Digital Parit Othman dengan kerjasama MPKK Parit Othman dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia telah mengadakan pemeriksaan kesihatan awal percuma dan telah menjemput komuniti di sekitar Parlimen Parit Sulong untuk hadir. Antara-antara pemeriksaan yang dilakukan oleh yayasan buah pinggang kebangsaan Malaysia adalah indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang, tekanan darah, urinalisis, glukos darah rambang dan kolestrol total darah rambang. Semoga program yang diadakan ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua pihak terutama sekali komuniti setempat di kawasan Batu Pahat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: