Program eUsahawan & eRezeki bersama MDEC dan KKMM
11 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 dan 10 Mac yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Parit Othman telah menganjurkan Program eUsahawan dan eRezeki dengan kerjasama MDEC dan KKMM. Program yang dijalankan pada 9 dan 10 Mac ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta. eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
eRezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing. Program yang bermula pada pukul 9 pagi ini tamat pada pukul 6 petang. Sebelum program berakhir, para peserta program telah diberikan taklimat KDB oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital . Semoga segala ilmu yang diperoleh di dalam program ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: