Program Augmented Reality (AR) bersama Tadika KEMAS Parit
4 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniBulan Julai dimulakan dengan penganjuran Program Augmented Reality (AR) dengan kerjasama Tadika KEMAS Parit Othman.Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi kanak-kanak dengan dunia Augmented Reality (AR). Aplikasi Quiver telah digunakan untuk program ini. Pada permulaan program, para peserta telah diberikan sehelai kertas yang mengandungi gambar untuk diwarnakan.
Kertas-kertas ini semuanya menyokong penggunaan aplikasi Quiver dan bakal mengaktifkan Augmented Reality (AR) sebaik sahaja diimbas. Program yang bermula pada pukul 9 pagi ini tamat pada pukul 1 tengahari. Sebelum program berakhir, para peserta program telah diberikan taklimat KDB oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital . Semoga segala ilmu yang diperoleh di dalam program ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: