Program Usahawan bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
9 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniBulan Ogos dimulakan dengan penganjuran Program Usahawan bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Parit Othman ini bertujuan untuk mendekatkan lagi usahawan setempat. Pada permulaan program, para usahawan telah diberikan risalah berkenaan dengan klik dengan bijak(KDB).
Risalah ini semuanya membantu para usahawan untuk menggunakan internet dengan bijak terutama sekali untuk perniagaan mereka. Program yang bermula pada pukul 9 pagi ini tamat pada pukul 12 tengahari. Sebelum program berakhir, para peserta program telah diberikan taklimat KDB oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital . Semoga segala ilmu yang diperoleh di dalam program ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: