Program eUsahawan & Shopee bersama MPKK Parit Othman
9 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Parit Othman bersama MPKK Parit Othman telah menganjurkan Program eUsahawan dan shopee dengan kerjasama MDEC. Program yang dijalankan pada 8 Disember ini telah dihadiri seramai 20 orang peserta. eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk komuniti kampung parit othman dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Shopee membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing. Program yang bermula pada pukul 9 pagi ini tamat pada pukul 5 petang. Sebelum program berakhir, para peserta program telah diberikan taklimat KDB oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital . Semoga segala ilmu yang diperoleh di dalam program ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: