Bengkel Shoot & Edit Video PI Maxis Kluster Johor
27 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 26 April yang lalu, PI Parit Othman telah menjadi tuan rumah untuk Bengkel Shoot & Edit Video. Program ini telah disertai 7 buah PI daripada Kluster Johor dan Melaka yang bernaung di bawah Maxis. Program ini telah dibahagikan kepada 2 sesi.
Pada sesi pertama, para peserta telah diberikan penerangan mengenai teknik-teknik dan peralatan-peralatan yang digunakan didalam sesebuah penggambaran video. Para peserta juga telah ditunjukkan contoh-contoh video yang telah dihasilkan menggunakan peralatan-peralatan dan teknik-teknik tersebut. Kemudiannya, para peserta telah diberikan tugasan untuk mencipta sebuah skrip untuk 1 video pendek.
Pada sesi kedua, para peserta diberi masa untuk membuat penggambaran video pendek tersebut. Setelah siap, mereka diberikan taklimat dan tunjuk ajar bagaimana untuk mengedit video menggunakan aplikasi Sony Vegas.
Program yang bermula daripada pukul 9 pagi ini telah tamat dengan jayanya pada pukul 6 petang. Semoga kesemua 11 peserta program ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dengan sebaik-baiknya di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: