Maxis eKelas Assessment
10 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 dan 9 September yang lalu, PI Parit Othman dengan kerjasama daripada pihak Maxis telah menganjurkan program Maxis eKelas Assessment bertempat di Bilik Latihan PI Parit Othman. Program ini bertujuan untuk menguji pencapaian para pelajar yang berdaftar dengan program Maxis eKelas yang diadakan di PI Parit Othman. Subjek-subjek yang terlibat untuk program ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk Tingkatan 1 hingga 3.
Para pelajar telah menjawab soalan untuk subjek Bahasa Inggeris sebelum disambung kepada subjek Matematik dan Sains pada keesokan harinya. Selain daripada itu, para pelajar juga telah diminta untuk mengisi borang maklumbalas pelajar di dalam portal eKelas masing-masing. Semoga program ini dapat membantu para peserta di dalam persediaan peperiksaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: