Program Asas ICT buat Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parit Othman
16 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad 15 Januari 2017, Program Asas ICT buat Kanak-Kanak Tadika KEMAS telah diadakan di dalam Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kampung Parit Othman. Para peserta bagi program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tadika KEMAS Parit Othman seramai 9 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ICT dan kelebihannya kepada mereka.
Program yang berjalan daripada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari ini dimulakan dengan tayangan video ICT sebelum para peserta diberi peluang untuk menjawab beberapa soalan yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: