Program Asas Penjagaan Gigi
16 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada hari Ahad, 15 Januari 2017 Program Asas Penjagaan Gigi telah diadakan di dalam Bilik Latihan PI Parit Othman. Para peserta yang terdiri daripada pelajar Tadika KEMAS Parit Othman sebanyak 15 orang telah diberikan tunjuk ajar bagaimana hendak memberus gigi dengan betul melalui tayangan video dan juga demonstrasi yang dilakukan oleh pegawai daripada Klinik Pergigian Batu Pahat.
Melalui program yang bermula daripada 11 pagi hingga 12 tengahari ini, diharapkan agar para peserta dapat belajar cara untuk menjaga gigi mereka dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: