Bengkel Mini Biodata dengan Microsoft Word
8 April 2017 | Aktiviti Terkini
Pada Jumaat 7 April 2017, Bengkel Mini Biodata dengan Microsoft Word telah diadakan di kawasan ruang utama PI Parit Othman. Seramai 7 orang peserta telah menyertai bengkel yang dijalankan selama 3 jam daripada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari ini.
Para peserta telah didedahkan dengan cara-cara membuat mini biodata dahulu sebelum mereka diberikan ruang untuk mencipta sebuah mini biodata sendiri mengikut kehendak mereka secara bebas. Bengkel diakhiri dengan tayangan video KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: