Jom Baca Bersama untuk 10 Minit dan Advokasi Teluk Rimba, Muar
26 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2017, Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit telah diadakan di Kompleks Penghulu Teluk Rimba, Muar, Johor. Pada hari tersebut, para penduduk di kawasan sekitar telah diberikan taklimat mengenai kepentingan membaca dan digalakkan untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk membaca buku.
Antara aktiviti lain yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah pertandingan menganyam ketupat, pertandingan mewarna dan juga cabutan bertuah. Selain daripada itu, Pusat Ekonomi Digital (PI) Teluk Rimba, Parit Othman dan juga Paya Jakas telah bekerjasama untuk menyampaikan taklimat advokasi mengenai topik ‘Cyber Bullying’, ‘Check Your Label’ dan juga ‘e-Waste’
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Teluk Rimba, PI Teluk Rimba, PI Parit Othman dan PI Paya Jakas ini telah disertai seramai 150 orang peserta dan telah bermula daripada pukul 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari. Semoga semua peserta akan mendapat manfaat daripada program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: